BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 17 April 2013

Pantun Dua Kerat


Selamat Hari Lahir (Hari Jadi) 


Selamat hari lahir buat awak,
Semoga menjadi orang yang bijak.

Selamat hari lahir buat kamu,
Semoga awak ceria selalu.

Selamat hari lahir buat adik,
Semoga kamu menjadi orang yang cerdik.

Selamat hari lahir buat abang,
Semoga hidup bertambah senang.

Selamat hari lahir buat adinda,
Semoga anda sentiasa bahagia.

Aurat 

Pada wanita hendaklah bertudung,
Jangan biar dosa tinggi mengunung.

Kepada lelaki pakailah seluar panjang,
semoga godaan syaitan dapat dihalang.

Membuka aurat adalah satu dosa,
Balasan di akhirat api neraka.

Wanita mahupun lelaki tutuplah aurat,
Semoga kita selamat dunia akhirat.

Sama-samalah kita menjaga Aurat,
Semoga kita semua selamat dunia akhirat.


Selamat Pagi Hingga Ke Malam 

Pagi yang indah cerah sekali,
Buat pembaca selamat pagi.

Selamat datang pengunjung kesini,
Buat pengunjung selamat tengahari.

Mari berpantun bersama-sama,
Selamat petang kepada semua.

Ada masa along berpantun disini,
Selamat malam jumpa lagi.

Award Kedua Dari Kerull 

Terima kasih buat Kerull kita ucapkan,
Kerana memberi award persahabatan.

Award diberi tanda ingatan,
Semoga persahabatan akan berkekalan.

Award diberi dengan seikhlas hati,
Kalau ada award bolehlah kasi lagi.

Tiada apa dapat dibalas diganti,
Sekadar terima kasih ucapan diberi.